Wednesday, 19 August 2015

KEMAHIRAN MENCATAT NOTA


Assalamualaikum.
 Jom kongsi untuk manfaat dan kejayaan bersama.

Kemahiran Mencatat Nota
# Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 

# Mencatat nota penting dibuat kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. 

# Nota menjaga bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. 

# Mencatat nota adalah suatu seni. 

# Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesananya dalam proses pembelajaran. 

# Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.

Kepentingan Mencatat Nota 

1. Semasa membuat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar, atau semasa sedang membaca.

2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca.

3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.

4. Membuat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan

5. Pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari

6. Boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan

7. Membuat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya, misalnya membantu pelajar memahami pelajaran, berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan, dan dapat meningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.

Teknik Membuat Nota

1. Buat persediaan yang lengkap, misalnya pen, pensel, kertas dan buku.

2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat

3. Kenal pasti kata kunci. Gunakan formula ( 4W + H)

* What- apa * Why- kenapa * When- bila * Where- di mana * How- Bagaimana

4. Catatkan isi-isi sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan

5. Lukiskan gambar rajah atau carta yang sesuai

Semasa tulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:

1. Perkataan atau frasa yang penting

2. Singkatan: misalnya: dgn= dengan, spt= seperti, U.K.= United Kingdom

3. Lukisan atau lakaran

Pelajar juga boleh menggunakan bentuk nota seperti nota objektif, jadual, carta aliran dan gambar rajah Venn.

Ciri-Ciri Nota Yang Baik

1. Terdiri daripada isi-isi penting (utama)

2. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca

3. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran

4. Catatkan isi-isi penting sahaja, dengan menggunakan ayat sendiri

5. Gunakan dalam bentuk point, elakkan menyalin ayat-ayat panjang

6. Kalau perlu menggunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham

7. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda, seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca

@Minda Mubin

No comments:

Post a Comment