Thursday, 20 August 2015

Inspirasi dari UBK


Assalamualaikum wbt.. 
Putera-puteriku, anak didik yang dikasihi...
Mari kita sama-sama hayati kisah yang diceritakan oleh Prof. Dr Muhaya dalam rancangan Halaqah di TV9 pada satu ketika dahulu. Kisah ini pernah cikgu sampaikan kepada semua anak didik yang dikasihi dan rakan guru semasa perhimpunan rasmi sekolah. Begini kisahnya...



      Ketika Nabi Ibrahim dibakar dengan api marak menjulang, ada seekor burung telah berulang alik mengambil air dengan menggunakan paruhnya, dan menitiskan air ke dalam  api yang marak membakar Nabi Ibrahim. Lantas burung itu ditanya, "wahai burung, sia-sia sahaja usaha mu, api itu amat besar, sedangkan air terlalu kecil dari paruhmu", burung pun menjawab, "walaupun usaha ku ini tidak dapat memadam api dengan air yang terlalu kecil, tapi sekurang-kurangnya aku   ada usaha untuk memadam api tersebut"!
  
Prof. Dr Muhaya menjelaskan tentang pengajarannya, api yang marak membakar di ibaratkan seperti gejala sosial masakini yang makin parah, tetapi melalui usaha walaupun kecil (seperti air dari paruh burung)  tetapi jika usaha itu ikhlas dan berterusan, Insya Allah usaha kita tetap dinilai oleh  Allah SWT. Sesungguhnya Allah tidak melihat keputusan, tetapi Allah melihat usaha yang dilakukan. Kerana, kita sebagai hamba hanya boleh merancang, hanya  Allah yang menentukan segalanya.

Begitu juga dengan kami di Unit Bimbingan & Kaunseling , hanya mampu berusaha membawa kesedaran kepada anak didik semua, tetapi apa yang penting adalah usaha anda sendiri untuk berubah,  kerana percayalah perubahan diri itu bermula dari hati yang sedar.

     Marilah kita sama-sama berusaha,  agar kita semakin hampir kepada Allah dan menjauhi segala larangannya supaya kita senantiasa berada dalam naugan taufik dan hidayahNYA.

  Ya Allah, pimpinlah kami ke jalan yang Engkau Redhai. 


No comments:

Post a Comment