Monday, 31 August 2015

JULANG SEMANGAT TINGGI JUANGMU!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Putera-puteriku, peperiksaan semakin menghampiri. Jom tunjukkan kesungguhan, belajar rajin-rajin, atur strategi dan juga aplikasikan teknik belajar berkesan. Fokus 100% semasa cikgu mengajar, ulangkaji dan ulangkaji! Anda sudah kesuntukan masa untuk mempertaruhkan masa depan dengan sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah.  Berjuang habis-habisan, anda akan merasai nikmatnya kejayaan yang mendatang.

Biasanya banyak gangguan atau ujian-ujian yang putera-puteri hadapi di saat peperiksaan menghampiri, terutamanya perasaan menjadi lebih sensitif, mudah terasa hati dan kerap berselisih faham dengan rakan,  mengantuk, malas dan banyak lagi. Semua ujian dan gangguan ini perlu dilalui dan diurus dengan baik supaya emosi sentiasa tenang dan dapat belajar dengan aman!.

Marilah kita sama-sama jadikan  pesanan ini sebagai azimat, " Orang yang sedang berjuang tidak akan terlepas dari ujian.  Allah menguji iman. Ujian bukan satu kezaliman dan bukan sesuatu yang sia-sia". Oleh itu, ayuh putera-puteriku, kentalkan emosi dan mantapkan rohani, hadapi ujian dengan tenang dan sentiasa muhasabah diri dengan setiap tindakan. Semoga Allah memberi kekuatan dalam mengharungi setiap ujian, serta redha yang berpanjangan moga-moga Allah menggantikan setiap ujian yang kita tempuhi dengan kejayaan  yang cemerlang dan membanggakan.

Jumpa lagi.

 


No comments:

Post a Comment