Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Putera-puteriku, peperiksaan semakin menghampiri. Jom tunjukkan kesungguhan, belajar rajin-rajin, atur strategi dan juga aplikasikan teknik belajar berkesan. Fokus 100% semasa cikgu mengajar, ulangkaji dan ulangkaji! Anda sudah kesuntukan masa untuk mempertaruhkan masa depan dengan sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah. Berjuang habis-habisan, anda akan merasai nikmatnya kejayaan yang mendatang.
Biasanya banyak gangguan atau ujian-ujian yang putera-puteri hadapi di saat peperiksaan menghampiri, terutamanya perasaan menjadi lebih sensitif, mudah terasa hati dan kerap berselisih faham dengan rakan, mengantuk, malas dan banyak lagi. Semua ujian dan gangguan ini perlu dilalui dan diurus dengan baik supaya emosi sentiasa tenang dan dapat belajar dengan aman!.
Marilah kita sama-sama jadikan pesanan ini sebagai azimat, " Orang yang sedang berjuang tidak akan terlepas dari ujian. Allah menguji iman. Ujian bukan satu kezaliman dan bukan sesuatu yang sia-sia". Oleh itu, ayuh putera-puteriku, kentalkan emosi dan mantapkan rohani, hadapi ujian dengan tenang dan sentiasa muhasabah diri dengan setiap tindakan. Semoga Allah memberi kekuatan dalam mengharungi setiap ujian, serta redha yang berpanjangan moga-moga Allah menggantikan setiap ujian yang kita tempuhi dengan kejayaan yang cemerlang dan membanggakan.
Jumpa lagi.
Monday, 31 August 2015
Saturday, 29 August 2015
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Assalamualaikum wbt...
30 Ogos 2015- Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan NYA menghirup udara segar di bumi Malaysia. Syukur juga kerana semua warga SMA Maarif berpeluang menyambut hari Kemerdekaan peringkat Sekolah hari ini. Suasana yang cukup harmonis dan muhibbah "Sehati Sejiwa" dimulakan dengan solat hajat, tazkirah kemerdekaan dan juga persembahan. Semoga warga Maarif sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah selamanya. Memetik kata-kata Ustaz Amran "Merdeka yang sebenarnya ialah pembebasan diri dari api neraka. Jika ingin merdeka, hindari perkara yang menyalahi agama". Jika ingin berjaya, belajarlah rajin-rajin putera-puteriku, semoga dirimu MERDEKA dari setiap kegagalan!

Saturday, 22 August 2015
PT3 SMA Maarif Diambang Kejayaan
Assalamualaikum,
Selamat menduduki percubaan PT3 buat anak didik tingkatan 3 yang tersayang. Belajar rajin-rajin. Tinggalkan perkara yang tidak penting, hanya fokus kepada masa depan yang gemilang . Jumpa di puncak kejayaan!
Kami Guru-guru mendoakan kejayaan anda. Doa kudus buatmu.

Thursday, 20 August 2015
Salam Pengurusan Masa
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...
Masa! Ya.... Masa adalah hari-hari yang dikumpulkan. Masa itu Emas.. Masa itu Nyawa.. Masa itu Harta. Masa itu Modal.. Masa itu segalanya. Oleh itu, marilah sama-sama kita menjaga dan menguruskan masa kita sebaik-baiknya. Ingatan ini adalah untuk diri sendiri yang kadang-kadang lupa masa itu adalah modal akhirat. Oleh kerana masa adalah segala-galanya, semestinya penjagaan masa kita adalah lebih baik dari menjaga harta.
Jom sama-sama kita jaga kesihatan!.. opsss!!!! kesihatan pula.. emmm, ya, kita perlu menjaga kesihatan kerana prasyarat pengurusan masa yang berkualiti adalah daripada kesihatan diri yang baik. Bila ada gangguan kesihatan akan ada gangguan emosi dan gangguan-gangguan yang lain.
Untuk menjaga kualiti masa, kita perlukan ilmu, kemahiran dan perlukan bantuan. Motivasi dan kesedaran terhadap tanggungjawab secara berterusan amat perlu untuk tidak terus lalai dan leka dalam menguruskan masa kita sehari-hari.
Moga sama-sama beroleh berkat. Berkat itu bertambah-tambah kebaikan.

Inspirasi dari UBK
Assalamualaikum wbt..
Putera-puteriku, anak didik yang dikasihi...
Mari kita sama-sama hayati kisah yang diceritakan oleh Prof. Dr Muhaya dalam rancangan Halaqah di TV9 pada satu ketika dahulu. Kisah ini pernah cikgu sampaikan kepada semua anak didik yang dikasihi dan rakan guru semasa perhimpunan rasmi sekolah. Begini kisahnya...
Ketika Nabi Ibrahim dibakar dengan
api marak menjulang, ada seekor burung telah
berulang alik mengambil air dengan menggunakan paruhnya, dan menitiskan air ke
dalam api yang marak membakar Nabi Ibrahim. Lantas burung itu ditanya, "wahai
burung, sia-sia sahaja usaha mu, api itu amat besar, sedangkan air terlalu kecil
dari paruhmu", burung pun menjawab, "walaupun usaha
ku ini tidak dapat memadam api dengan air yang terlalu kecil, tapi
sekurang-kurangnya aku ada usaha untuk
memadam api tersebut"!
Prof. Dr Muhaya menjelaskan tentang pengajarannya, api yang marak
membakar di ibaratkan seperti gejala sosial masakini yang makin parah, tetapi
melalui usaha walaupun kecil (seperti air dari paruh burung) tetapi jika usaha itu ikhlas dan berterusan, Insya Allah
usaha kita tetap dinilai oleh Allah SWT. Sesungguhnya Allah tidak melihat keputusan,
tetapi Allah melihat usaha yang dilakukan. Kerana, kita sebagai hamba hanya boleh
merancang, hanya Allah yang menentukan
segalanya.
Marilah kita sama-sama berusaha, agar kita semakin hampir
kepada Allah dan menjauhi segala larangannya supaya kita senantiasa berada dalam naugan taufik dan hidayahNYA.
Wednesday, 19 August 2015
KEMAHIRAN MENCATAT NOTA
Assalamualaikum.
Jom kongsi untuk manfaat dan kejayaan bersama.
Kemahiran Mencatat Nota
# Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
# Mencatat nota penting dibuat kerana anda
tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari.
# Nota menjaga bahan
rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.
# Mencatat nota adalah
suatu seni.
# Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat
meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesananya dalam proses pembelajaran.
# Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat
pelajar-pelajar.
Kepentingan Mencatat Nota
1. Semasa membuat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar, atau semasa sedang membaca.
2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca.
3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.
4. Membuat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan
5. Pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari
6. Boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan
7. Membuat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya, misalnya membantu pelajar memahami pelajaran, berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan, dan dapat meningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.
Teknik Membuat Nota
1. Buat persediaan yang lengkap, misalnya pen, pensel, kertas dan buku.
2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat
3. Kenal pasti kata kunci. Gunakan formula ( 4W + H)
* What- apa * Why- kenapa * When- bila * Where- di mana * How- Bagaimana
4. Catatkan isi-isi sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan
5. Lukiskan gambar rajah atau carta yang sesuai
Semasa tulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:
1. Perkataan atau frasa yang penting
2. Singkatan: misalnya: dgn= dengan, spt= seperti, U.K.= United Kingdom
3. Lukisan atau lakaran
Pelajar juga boleh menggunakan bentuk nota seperti nota objektif, jadual, carta aliran dan gambar rajah Venn.
Ciri-Ciri Nota Yang Baik
1. Terdiri daripada isi-isi penting (utama)
2. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca
3. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran
4. Catatkan isi-isi penting sahaja, dengan menggunakan ayat sendiri
5. Gunakan dalam bentuk point, elakkan menyalin ayat-ayat panjang
6. Kalau perlu menggunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham
7. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda, seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca

@Minda Mubin
Tuesday, 18 August 2015
SEMANGAT BELAJAR YANG BERKOBAR-KOBAR
Assalamualaikum...
19 OGOS 2015... Hari ini peperiksaan percubaan SPM masih berlangsung. Terlihat suasana di sana-sini pelajar asyik menelaah pelajaran samada berseorangan atau berkumpulan antara selang masa peperiksaan kertas 1 dan kertas 2. Harap suasana seperti ini menjadi satu budaya yang berpanjangan dalam kalangan pelajar SMA Maarif. Semestinya ia akan menjadi kebanggaan pengetua kita, Ustaz Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, para guru dan juga ibubapa. Selamat maju jaya putera puteriku. Sesungguhnya kamu kesayangan kami.

Sunday, 16 August 2015
Selamat Menduduki Ujian Percubaan SPM
Kepada putera-puteri Tingkatan 5 SMA Maarif yang dikasihi, Selamat Maju Jaya dalam peperiksaan percubaan, kami doakan agar Allah permudahkan urusan dan diberi kelapangan hati. Moga kita semua dalam berkat dan Redha Allah.
Wednesday, 12 August 2015
aktiviti dalam bilik kaunseling
Setiap hari bilik kaunseling dikunjungi oleh pelajar, samada untuk sesi kaunseling, melawat, membaca, bimbingan dan juga mendapatkan info kerjaya.
Monday, 10 August 2015
Penilaian APSSK 2015
6 Ogos 2015 - Khamis, berlangsungnya penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat Kebangsaan 2015. UBK menerima kunjungan panel hakim iaitu En Zakaria bin Hassan dari BTPN Kelantan dan Tn Hj Junaidi bin Osman dari BTPN Pahang.
Subscribe to:
Posts (Atom)