Monday, 19 October 2015

Art Therapy di bilik Kaunseling SMA MAARIF BESUT

Sudut Art Therapy di Bilik Kaunseling SMA Maarif  Besut




Wah! Seronoknya buat sesi kaunseling bersama pelajar menggunakan teknik Art Therapy. Jom semua kita serang bilik kaunseling. Mari mari mari....! kami amat bersedia, kerana kami mendengar dan kami memahami!

Sunday, 18 October 2015

Jom Jayakan Minggu Ayuh Sejahtera

Assalamualaikum semua...
Pada pagi ini, 18 oktober 2015 ( Ahad) telah rasminya Minggu Ayuh Sejahtera di perhimpunan sekolah.
Alhamdulillah perasmian dan perjalanan program pagi ini berjalan lancar dalam suasana yang hening dan cuaca yang damai. Di sini ingin dicoretkan sekali lagi pengisian tazkirah "sejahtera rohani" pagi tadi. Semoga ianya menjadi peringatan yang abadi buat kita semua.

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita mendapat nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.  Islam atau perkataan Salama bermaksud sejahtera. Sejahtera merupakan fitrah atau  kehendak manusia, tetapi ada dalam kalangan kita yang bertemu sejahtera dan ada juga dalam kalangan kita yang tidak bertemu sejahtera.

Kesejahteraan kita tidak sahaja diukur daripada pencapaian kebendaan yang diperolehi, tetapi kesejahteraan adalah pancaran ketenangan dan kekuatan hati dengan rasa kesyukuran yang tinggi terhadap Pencipta kita.

Kesejahteraan manusia diukur dengan cara manusia memanfaatkan limpahan rahmat dan nikmat Allah dalam kehidupan. Rasa kesyukuran yang tinggi menyebabkan manusia sentiasa redha serta mengaitkan usaha dan perjuangan berada dalam berkat Allah. Berkat itu bertambah-tambah kebaikan.

Yang terbaik dalam kalangan manusia ialah orang yang baik akhlaknya. Islam mengajar sifat kasih sayang sesama manusia, cintakan ilmu dan mengamalkan ilmu. Kesan ilmu yang diamalkan menjadi suluh kehidupan bagi orang Islam.

Sekian sahaja, moga Allah memberikan kita taufik dan hidayahNYA.
Semoga kita sentiasa sejahtera...


Wednesday, 7 October 2015

Selamat Maju Jaya

Good Luck... Good Luck.. Good Luck
Selamat Maju Jaya untuk anak didik yang akan menduduki peperiksaan STPM, SPM dan PT3. Doa kami mengiringi usahamu. Moga Allah permudahkan urusan kalian dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Wednesday, 2 September 2015

Ya Allah, Permudahkanlah

Semoga semua anak didik dipermudahkan Allah dalam menuntut ilmu. Doa kami mengiringi usahamu. Selamat maju jaya!

Monday, 31 August 2015

JULANG SEMANGAT TINGGI JUANGMU!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Putera-puteriku, peperiksaan semakin menghampiri. Jom tunjukkan kesungguhan, belajar rajin-rajin, atur strategi dan juga aplikasikan teknik belajar berkesan. Fokus 100% semasa cikgu mengajar, ulangkaji dan ulangkaji! Anda sudah kesuntukan masa untuk mempertaruhkan masa depan dengan sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah.  Berjuang habis-habisan, anda akan merasai nikmatnya kejayaan yang mendatang.

Biasanya banyak gangguan atau ujian-ujian yang putera-puteri hadapi di saat peperiksaan menghampiri, terutamanya perasaan menjadi lebih sensitif, mudah terasa hati dan kerap berselisih faham dengan rakan,  mengantuk, malas dan banyak lagi. Semua ujian dan gangguan ini perlu dilalui dan diurus dengan baik supaya emosi sentiasa tenang dan dapat belajar dengan aman!.

Marilah kita sama-sama jadikan  pesanan ini sebagai azimat, " Orang yang sedang berjuang tidak akan terlepas dari ujian.  Allah menguji iman. Ujian bukan satu kezaliman dan bukan sesuatu yang sia-sia". Oleh itu, ayuh putera-puteriku, kentalkan emosi dan mantapkan rohani, hadapi ujian dengan tenang dan sentiasa muhasabah diri dengan setiap tindakan. Semoga Allah memberi kekuatan dalam mengharungi setiap ujian, serta redha yang berpanjangan moga-moga Allah menggantikan setiap ujian yang kita tempuhi dengan kejayaan  yang cemerlang dan membanggakan.

Jumpa lagi.

 


Saturday, 29 August 2015

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Assalamualaikum wbt...
30 Ogos 2015- Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan NYA menghirup udara segar di bumi Malaysia.  Syukur juga kerana semua warga SMA Maarif berpeluang menyambut hari Kemerdekaan peringkat Sekolah hari ini. Suasana yang cukup harmonis dan muhibbah "Sehati Sejiwa" dimulakan dengan solat hajat, tazkirah kemerdekaan dan juga persembahan. Semoga warga Maarif sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah selamanya. Memetik kata-kata Ustaz Amran "Merdeka yang sebenarnya ialah pembebasan diri dari api neraka. Jika ingin merdeka, hindari perkara yang menyalahi agama". Jika ingin berjaya, belajarlah rajin-rajin putera-puteriku, semoga dirimu  MERDEKA dari setiap kegagalan!

Saturday, 22 August 2015

PT3 SMA Maarif Diambang Kejayaan

Assalamualaikum,

Selamat menduduki percubaan PT3 buat anak didik tingkatan 3 yang tersayang. Belajar rajin-rajin. Tinggalkan perkara yang tidak penting, hanya fokus kepada masa depan yang gemilang . Jumpa di puncak kejayaan!

Kami Guru-guru mendoakan kejayaan anda. Doa kudus buatmu. 

Thursday, 20 August 2015

Salam Pengurusan Masa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

Masa! Ya.... Masa adalah hari-hari yang dikumpulkan. Masa itu Emas.. Masa itu Nyawa.. Masa itu Harta. Masa itu Modal.. Masa itu segalanya. Oleh itu, marilah sama-sama kita menjaga dan menguruskan masa kita sebaik-baiknya. Ingatan ini adalah untuk diri sendiri yang kadang-kadang lupa masa itu adalah modal akhirat. Oleh kerana masa adalah segala-galanya, semestinya penjagaan masa kita adalah lebih baik dari menjaga harta.

Jom sama-sama kita jaga kesihatan!.. opsss!!!! kesihatan pula.. emmm, ya, kita perlu menjaga kesihatan kerana prasyarat pengurusan masa yang berkualiti  adalah daripada kesihatan diri yang baik. Bila ada gangguan kesihatan akan ada gangguan emosi dan gangguan-gangguan yang lain.

Untuk menjaga kualiti masa, kita perlukan ilmu, kemahiran dan perlukan bantuan. Motivasi dan kesedaran terhadap tanggungjawab secara berterusan amat perlu untuk tidak terus lalai dan leka dalam menguruskan masa kita sehari-hari.

Moga sama-sama beroleh berkat. Berkat itu bertambah-tambah kebaikan.  

Inspirasi dari UBK


Assalamualaikum wbt.. 
Putera-puteriku, anak didik yang dikasihi...
Mari kita sama-sama hayati kisah yang diceritakan oleh Prof. Dr Muhaya dalam rancangan Halaqah di TV9 pada satu ketika dahulu. Kisah ini pernah cikgu sampaikan kepada semua anak didik yang dikasihi dan rakan guru semasa perhimpunan rasmi sekolah. Begini kisahnya...



      Ketika Nabi Ibrahim dibakar dengan api marak menjulang, ada seekor burung telah berulang alik mengambil air dengan menggunakan paruhnya, dan menitiskan air ke dalam  api yang marak membakar Nabi Ibrahim. Lantas burung itu ditanya, "wahai burung, sia-sia sahaja usaha mu, api itu amat besar, sedangkan air terlalu kecil dari paruhmu", burung pun menjawab, "walaupun usaha ku ini tidak dapat memadam api dengan air yang terlalu kecil, tapi sekurang-kurangnya aku   ada usaha untuk memadam api tersebut"!
  
Prof. Dr Muhaya menjelaskan tentang pengajarannya, api yang marak membakar di ibaratkan seperti gejala sosial masakini yang makin parah, tetapi melalui usaha walaupun kecil (seperti air dari paruh burung)  tetapi jika usaha itu ikhlas dan berterusan, Insya Allah usaha kita tetap dinilai oleh  Allah SWT. Sesungguhnya Allah tidak melihat keputusan, tetapi Allah melihat usaha yang dilakukan. Kerana, kita sebagai hamba hanya boleh merancang, hanya  Allah yang menentukan segalanya.

Begitu juga dengan kami di Unit Bimbingan & Kaunseling , hanya mampu berusaha membawa kesedaran kepada anak didik semua, tetapi apa yang penting adalah usaha anda sendiri untuk berubah,  kerana percayalah perubahan diri itu bermula dari hati yang sedar.

     Marilah kita sama-sama berusaha,  agar kita semakin hampir kepada Allah dan menjauhi segala larangannya supaya kita senantiasa berada dalam naugan taufik dan hidayahNYA.

  Ya Allah, pimpinlah kami ke jalan yang Engkau Redhai. 


Wednesday, 19 August 2015

KEMAHIRAN MENCATAT NOTA


Assalamualaikum.
 Jom kongsi untuk manfaat dan kejayaan bersama.

Kemahiran Mencatat Nota
# Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 

# Mencatat nota penting dibuat kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. 

# Nota menjaga bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. 

# Mencatat nota adalah suatu seni. 

# Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesananya dalam proses pembelajaran. 

# Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.

Kepentingan Mencatat Nota 

1. Semasa membuat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar, atau semasa sedang membaca.

2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca.

3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.

4. Membuat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan

5. Pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari

6. Boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan

7. Membuat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya, misalnya membantu pelajar memahami pelajaran, berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan, dan dapat meningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.

Teknik Membuat Nota

1. Buat persediaan yang lengkap, misalnya pen, pensel, kertas dan buku.

2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat

3. Kenal pasti kata kunci. Gunakan formula ( 4W + H)

* What- apa * Why- kenapa * When- bila * Where- di mana * How- Bagaimana

4. Catatkan isi-isi sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan

5. Lukiskan gambar rajah atau carta yang sesuai

Semasa tulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:

1. Perkataan atau frasa yang penting

2. Singkatan: misalnya: dgn= dengan, spt= seperti, U.K.= United Kingdom

3. Lukisan atau lakaran

Pelajar juga boleh menggunakan bentuk nota seperti nota objektif, jadual, carta aliran dan gambar rajah Venn.

Ciri-Ciri Nota Yang Baik

1. Terdiri daripada isi-isi penting (utama)

2. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca

3. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran

4. Catatkan isi-isi penting sahaja, dengan menggunakan ayat sendiri

5. Gunakan dalam bentuk point, elakkan menyalin ayat-ayat panjang

6. Kalau perlu menggunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham

7. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda, seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca

@Minda Mubin

Tuesday, 18 August 2015

SEMANGAT BELAJAR YANG BERKOBAR-KOBAR

Assalamualaikum...
19 OGOS  2015... Hari ini peperiksaan percubaan SPM masih berlangsung. Terlihat suasana di sana-sini  pelajar asyik menelaah pelajaran samada berseorangan atau berkumpulan antara selang masa peperiksaan  kertas 1 dan kertas 2. Harap suasana seperti ini menjadi satu budaya yang berpanjangan dalam kalangan pelajar SMA Maarif. Semestinya ia akan menjadi kebanggaan pengetua kita, Ustaz Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, para guru dan juga ibubapa. Selamat maju jaya putera puteriku. Sesungguhnya kamu kesayangan kami.

Sunday, 16 August 2015

Selamat Menduduki Ujian Percubaan SPM

Kepada putera-puteri Tingkatan 5 SMA Maarif yang dikasihi, Selamat Maju Jaya dalam peperiksaan percubaan, kami doakan agar Allah permudahkan urusan dan diberi kelapangan hati. Moga kita semua dalam berkat dan Redha Allah.

Wednesday, 12 August 2015

aktiviti dalam bilik kaunseling

Setiap hari bilik kaunseling dikunjungi oleh pelajar, samada untuk sesi kaunseling, melawat, membaca, bimbingan dan juga mendapatkan info kerjaya.


Monday, 10 August 2015

Kemahiran Mengingat

Set Induksi untuk Kemahiran Mengingat dalam Bengkel Kemahiran Belajar. Video

Penilaian APSSK 2015

6 Ogos 2015 - Khamis, berlangsungnya penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat Kebangsaan 2015. UBK menerima kunjungan panel hakim iaitu En Zakaria bin Hassan dari BTPN Kelantan dan Tn Hj Junaidi bin Osman dari BTPN Pahang.