Wednesday, 2 September 2015

Ya Allah, Permudahkanlah

Semoga semua anak didik dipermudahkan Allah dalam menuntut ilmu. Doa kami mengiringi usahamu. Selamat maju jaya!

Monday, 31 August 2015

JULANG SEMANGAT TINGGI JUANGMU!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Putera-puteriku, peperiksaan semakin menghampiri. Jom tunjukkan kesungguhan, belajar rajin-rajin, atur strategi dan juga aplikasikan teknik belajar berkesan. Fokus 100% semasa cikgu mengajar, ulangkaji dan ulangkaji! Anda sudah kesuntukan masa untuk mempertaruhkan masa depan dengan sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah.  Berjuang habis-habisan, anda akan merasai nikmatnya kejayaan yang mendatang.

Biasanya banyak gangguan atau ujian-ujian yang putera-puteri hadapi di saat peperiksaan menghampiri, terutamanya perasaan menjadi lebih sensitif, mudah terasa hati dan kerap berselisih faham dengan rakan,  mengantuk, malas dan banyak lagi. Semua ujian dan gangguan ini perlu dilalui dan diurus dengan baik supaya emosi sentiasa tenang dan dapat belajar dengan aman!.

Marilah kita sama-sama jadikan  pesanan ini sebagai azimat, " Orang yang sedang berjuang tidak akan terlepas dari ujian.  Allah menguji iman. Ujian bukan satu kezaliman dan bukan sesuatu yang sia-sia". Oleh itu, ayuh putera-puteriku, kentalkan emosi dan mantapkan rohani, hadapi ujian dengan tenang dan sentiasa muhasabah diri dengan setiap tindakan. Semoga Allah memberi kekuatan dalam mengharungi setiap ujian, serta redha yang berpanjangan moga-moga Allah menggantikan setiap ujian yang kita tempuhi dengan kejayaan  yang cemerlang dan membanggakan.

Jumpa lagi.

 


Saturday, 29 August 2015

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Assalamualaikum wbt...
30 Ogos 2015- Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan NYA menghirup udara segar di bumi Malaysia.  Syukur juga kerana semua warga SMA Maarif berpeluang menyambut hari Kemerdekaan peringkat Sekolah hari ini. Suasana yang cukup harmonis dan muhibbah "Sehati Sejiwa" dimulakan dengan solat hajat, tazkirah kemerdekaan dan juga persembahan. Semoga warga Maarif sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah selamanya. Memetik kata-kata Ustaz Amran "Merdeka yang sebenarnya ialah pembebasan diri dari api neraka. Jika ingin merdeka, hindari perkara yang menyalahi agama". Jika ingin berjaya, belajarlah rajin-rajin putera-puteriku, semoga dirimu  MERDEKA dari setiap kegagalan!

Saturday, 22 August 2015

PT3 SMA Maarif Diambang Kejayaan

Assalamualaikum,

Selamat menduduki percubaan PT3 buat anak didik tingkatan 3 yang tersayang. Belajar rajin-rajin. Tinggalkan perkara yang tidak penting, hanya fokus kepada masa depan yang gemilang . Jumpa di puncak kejayaan!

Kami Guru-guru mendoakan kejayaan anda. Doa kudus buatmu. 

Thursday, 20 August 2015

Salam Pengurusan Masa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

Masa! Ya.... Masa adalah hari-hari yang dikumpulkan. Masa itu Emas.. Masa itu Nyawa.. Masa itu Harta. Masa itu Modal.. Masa itu segalanya. Oleh itu, marilah sama-sama kita menjaga dan menguruskan masa kita sebaik-baiknya. Ingatan ini adalah untuk diri sendiri yang kadang-kadang lupa masa itu adalah modal akhirat. Oleh kerana masa adalah segala-galanya, semestinya penjagaan masa kita adalah lebih baik dari menjaga harta.

Jom sama-sama kita jaga kesihatan!.. opsss!!!! kesihatan pula.. emmm, ya, kita perlu menjaga kesihatan kerana prasyarat pengurusan masa yang berkualiti  adalah daripada kesihatan diri yang baik. Bila ada gangguan kesihatan akan ada gangguan emosi dan gangguan-gangguan yang lain.

Untuk menjaga kualiti masa, kita perlukan ilmu, kemahiran dan perlukan bantuan. Motivasi dan kesedaran terhadap tanggungjawab secara berterusan amat perlu untuk tidak terus lalai dan leka dalam menguruskan masa kita sehari-hari.

Moga sama-sama beroleh berkat. Berkat itu bertambah-tambah kebaikan.