Sudut Art Therapy di Bilik Kaunseling SMA Maarif Besut |
UBK SMA Maarif
Monday, 19 October 2015
Art Therapy di bilik Kaunseling SMA MAARIF BESUT
Sunday, 18 October 2015
Jom Jayakan Minggu Ayuh Sejahtera
Assalamualaikum semua...
Pada pagi ini, 18 oktober 2015 ( Ahad) telah rasminya Minggu Ayuh Sejahtera di perhimpunan sekolah.
Alhamdulillah perasmian dan perjalanan program pagi ini berjalan lancar dalam suasana yang hening dan cuaca yang damai. Di sini ingin dicoretkan sekali lagi pengisian tazkirah "sejahtera rohani" pagi tadi. Semoga ianya menjadi peringatan yang abadi buat kita semua.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita mendapat nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Islam atau perkataan Salama bermaksud sejahtera. Sejahtera merupakan fitrah atau kehendak manusia, tetapi ada dalam kalangan kita yang bertemu sejahtera dan ada juga dalam kalangan kita yang tidak bertemu sejahtera.
Kesejahteraan kita tidak sahaja diukur daripada pencapaian kebendaan yang diperolehi, tetapi kesejahteraan adalah pancaran ketenangan dan kekuatan hati dengan rasa kesyukuran yang tinggi terhadap Pencipta kita.
Kesejahteraan manusia diukur dengan cara manusia memanfaatkan limpahan rahmat dan nikmat Allah dalam kehidupan. Rasa kesyukuran yang tinggi menyebabkan manusia sentiasa redha serta mengaitkan usaha dan perjuangan berada dalam berkat Allah. Berkat itu bertambah-tambah kebaikan.
Yang terbaik dalam kalangan manusia ialah orang yang baik akhlaknya. Islam mengajar sifat kasih sayang sesama manusia, cintakan ilmu dan mengamalkan ilmu. Kesan ilmu yang diamalkan menjadi suluh kehidupan bagi orang Islam.
Sekian sahaja, moga Allah memberikan kita taufik dan hidayahNYA.
Semoga kita sentiasa sejahtera...

Wednesday, 7 October 2015
Selamat Maju Jaya
Wednesday, 30 September 2015
Friday, 4 September 2015
Wednesday, 2 September 2015
Ya Allah, Permudahkanlah
Semoga semua anak didik dipermudahkan Allah dalam menuntut ilmu. Doa kami mengiringi usahamu. Selamat maju jaya!
Monday, 31 August 2015
JULANG SEMANGAT TINGGI JUANGMU!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Putera-puteriku, peperiksaan semakin menghampiri. Jom tunjukkan kesungguhan, belajar rajin-rajin, atur strategi dan juga aplikasikan teknik belajar berkesan. Fokus 100% semasa cikgu mengajar, ulangkaji dan ulangkaji! Anda sudah kesuntukan masa untuk mempertaruhkan masa depan dengan sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah. Berjuang habis-habisan, anda akan merasai nikmatnya kejayaan yang mendatang.
Biasanya banyak gangguan atau ujian-ujian yang putera-puteri hadapi di saat peperiksaan menghampiri, terutamanya perasaan menjadi lebih sensitif, mudah terasa hati dan kerap berselisih faham dengan rakan, mengantuk, malas dan banyak lagi. Semua ujian dan gangguan ini perlu dilalui dan diurus dengan baik supaya emosi sentiasa tenang dan dapat belajar dengan aman!.
Marilah kita sama-sama jadikan pesanan ini sebagai azimat, " Orang yang sedang berjuang tidak akan terlepas dari ujian. Allah menguji iman. Ujian bukan satu kezaliman dan bukan sesuatu yang sia-sia". Oleh itu, ayuh putera-puteriku, kentalkan emosi dan mantapkan rohani, hadapi ujian dengan tenang dan sentiasa muhasabah diri dengan setiap tindakan. Semoga Allah memberi kekuatan dalam mengharungi setiap ujian, serta redha yang berpanjangan moga-moga Allah menggantikan setiap ujian yang kita tempuhi dengan kejayaan yang cemerlang dan membanggakan.
Jumpa lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)