Monday, 19 October 2015

Art Therapy di bilik Kaunseling SMA MAARIF BESUT

Sudut Art Therapy di Bilik Kaunseling SMA Maarif  Besut




Wah! Seronoknya buat sesi kaunseling bersama pelajar menggunakan teknik Art Therapy. Jom semua kita serang bilik kaunseling. Mari mari mari....! kami amat bersedia, kerana kami mendengar dan kami memahami!

Sunday, 18 October 2015

Jom Jayakan Minggu Ayuh Sejahtera

Assalamualaikum semua...
Pada pagi ini, 18 oktober 2015 ( Ahad) telah rasminya Minggu Ayuh Sejahtera di perhimpunan sekolah.
Alhamdulillah perasmian dan perjalanan program pagi ini berjalan lancar dalam suasana yang hening dan cuaca yang damai. Di sini ingin dicoretkan sekali lagi pengisian tazkirah "sejahtera rohani" pagi tadi. Semoga ianya menjadi peringatan yang abadi buat kita semua.

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita mendapat nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.  Islam atau perkataan Salama bermaksud sejahtera. Sejahtera merupakan fitrah atau  kehendak manusia, tetapi ada dalam kalangan kita yang bertemu sejahtera dan ada juga dalam kalangan kita yang tidak bertemu sejahtera.

Kesejahteraan kita tidak sahaja diukur daripada pencapaian kebendaan yang diperolehi, tetapi kesejahteraan adalah pancaran ketenangan dan kekuatan hati dengan rasa kesyukuran yang tinggi terhadap Pencipta kita.

Kesejahteraan manusia diukur dengan cara manusia memanfaatkan limpahan rahmat dan nikmat Allah dalam kehidupan. Rasa kesyukuran yang tinggi menyebabkan manusia sentiasa redha serta mengaitkan usaha dan perjuangan berada dalam berkat Allah. Berkat itu bertambah-tambah kebaikan.

Yang terbaik dalam kalangan manusia ialah orang yang baik akhlaknya. Islam mengajar sifat kasih sayang sesama manusia, cintakan ilmu dan mengamalkan ilmu. Kesan ilmu yang diamalkan menjadi suluh kehidupan bagi orang Islam.

Sekian sahaja, moga Allah memberikan kita taufik dan hidayahNYA.
Semoga kita sentiasa sejahtera...


Wednesday, 7 October 2015

Selamat Maju Jaya

Good Luck... Good Luck.. Good Luck
Selamat Maju Jaya untuk anak didik yang akan menduduki peperiksaan STPM, SPM dan PT3. Doa kami mengiringi usahamu. Moga Allah permudahkan urusan kalian dan mendapat keputusan yang cemerlang.